AKTOR Oliver Mellor dilaporkan memberi amaran kepada Cristiano Ronaldo supaya menjauhkan diri daripada tunangnya Rhian Sugden. Menurut The Sun, Mellor, 36, mengambil langkah itu selepas mengetahui bahawa bintang Real Madrid tersebut telah menghantar banyak 'teks larut malam' kepada tunangnya, model glamor yang telah bersara, meminta wanita berkenaan menghubunginya di Facebook Messenger. Penyerang Portugal itu dilaporkan telah berkawan dengan Sugden sejak bertemu dengannya di sebuah kelab malam di London ketika bermain untuk Manchester United. Walaupun telah berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2009, pemain bola sepak berusia 32 tahun itu dikatakan masih terus mengganggu Sugden dengan mesej 'pelik' di media sosial, apabila selalu bertanya bila dia akan mempunyai anak. Oliver Mellor dan Rhian Sugden. -fotoIG "Mereka cukup mesra, tetapi kadangkala agak pelik," kata sumber kepada penerbitan itu. "Dia beberapa kali beritahu bahawa dia sudah mempunyai tunang, tetapi dia nampaknya tak beri perhatian. "Akhirnya, Oliver mengetahuinya dan menghantar mesej sopan kepada Ronaldo meminta dia berundur. "Sejak itu, Ronaldo telah menghentikan perbualannya," tambah sumber itu. "Rhian tidak tidak mempunyai minat terhadapnya," dakwa sumber. The Sun juga telah berkongsi paparan skrin teks, didakwa perbualan antara Ronaldo dan Sugden. "Saya akan menghubungi kamu dalam masa satu jam jika anda menghantar nombor, nombor peribadi," Ronaldo didakwa sebagai berkata, dalam mesej itu. "Saya di hotel." Rhian Sugden Sugden menjawab: "Saya tak boleh bercakap malam ini, saya minta maaf, saya mahu jemput rakan saya dari tempat kerja dan kemudian pergi minum. Saya tak fikir dia akan setuju untuk saya bercakap dengan kamu jam 11 malam." Ronaldo dilihat bersama pasangannya Georgina Rodriguez 28 Januari lalu. -fotoMegaAgency Ronaldo, yang menjalinkan hubungan dengan Georgina Rodriguez, dilihat bersama dengan pasangannya itu pada ulang tahun kelahiran ke-24 di sebuah kelab pada 28 Januari. Pada November tahun lepas, pasangan itu menyambut anak pertama mereka bersama. Mereka telah menamakan bayi perempuan itu Alana. Ronaldo juga merupakan bapa kepada Cristiano Jnr, 7, dan kembar berusia 8 bulan Eva dan Mateo, yang dikandung melalui ibu tumpang.