LIGA Malaysia 2018 bakal membuka tirai dengan enam perlawanan hujung minggu ini. Sabtu, 3 Februari Johor Darul Ta'zim bakal melayan kunjungan Kedah ke Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos bagi saingan Piala Sumbangsih sekaligus perebutan trofi pertama musim ini. Manakala lima lagi perlawanan melibatkan sepuluh pasukan beraksi bagi saingan Liga Super. PKNP FC dan Negeri Sembilan yang menerima 'tuah' layak beraksi ke Liga Super musim ini bakal berentap Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Terengganu FC bertemu PKNS FC di laman sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Melaka menentang Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Ahad, 4 Februari. Pahang bertemu Perak di Stadium Darul Makmur Kuala Lumpur bertemu Selangor, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Nota: Semua perlawanan berlangsung pukul 9 malam.