MANCHESTER: Suasana yang dianggap sunyi di Old Trafford menarik perhatian Jose Mourinho apabila membandingkannya dengan kemeriahan ketika aksi Manchester United di Portmouth Fratton Park. Pengendali United itu yang gembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield itu bagaimanapun berpendapat peminat tuan rumah tidak bersorak dengan cukup kuat untuk memberi sokongan kepada pemain. Malahan pada sidang media selepas perlawanan awal pagi Sabtu itu Mourinho merasakan suasana di gelanggang keramat United itu yang disifatkan penuh dengan penonton tetapi pemalu. "Ia bukannya Portsmouth. Saya mengingati Portsmouth ketika di Liga Perdana. Ia adalah stadium yang kecil tetapi suasana di sana menakjubkan. "Di sini, suasananya sedikit sunyi, kami tidak begitu bersemangat tetapi pemain-pemain gemar bermain di sini." Mengenai penampilan Alexis Sanchez yang meledak gol sulungnya di Manchester United, katanya, ia adalah aura positif bekas pemain Arsenal itu. Sanchez, yang berada di tahap yang baik menyaksikan pemain-pemain Huddersfield menjadikan pemain Chile itu sebagai sasaran, tetapi dapat menunjukkan prestasi baik. Di sebalik berdepan terjahan sepanjang perlawanan, Mourinho berkata Sanchez boleh menangani cabaran itu ketika United merapatkan jurang dengan Manchester City kepada 13 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL). "Alexis adalah pemain yang menakjubkan tetapi bukannya primadona. "Dia lelaki yang merendah diri dan tidak melupakan di mana tempat di bermula dan saya amat yakin ketika dia bermain di Chile, dia bermain di tempat yang sukar dan dia sudah biasa dengannya," katanya.-SkySports