MANCHESTER United menguji pemain muda Colombia, Wilson Tilve. Pemain tengah berusia 16 tahun dari kelab Atletico Colombia de Cartegena itu tiba di pusat latihan di Carrington minggu lalu. Tilve yang juga berperanan sebagai penyerang mempunyai kelebihan kaki kiri dan gayanya seperti pemain Bayern Munich, James Rodriguez. Dia berada di United pada 26 Januari sehingga Jumaat lalu. Pengurus United, Jose Mourinho sememangnya membuka mata dalam mencari pemain-pemain muda untuk masa depan kelab itu. Malah sejak dia memegang tugas utama di Old Trafford itu, Mourinho telah mengikat tiga pemain muda setakat ini. Antaranya Aliou Traore,16, dari Paris Saint-Germain diikuti bekas pemain Chelsea, Di'Shon Bernard juga berusia 16 tahun. Manakala seorang lagi menyaksikan United sebelum ini berebut dengan Barcelona untuk mendapatkan Arnau Puigmal dari Espanyol.