suria

Messi Jadi Sasaran, Baju Nak Tercabut Ditarik Pemain Valencia

PEP Guardiola baru-baru ini telah merungut bahawa pemainnya di Manchester City dikasari lawan.

Tetapi ia tidaklah seperti yang berlaku kepada pemain bola sepak paling berbakat di dunia.

Lionel Messi menjadi tumpuan kerana sering dikasari semasa perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey antara Barcelona dengan Valencia.

Dalam pertemuan di Mestalla, awal pagi Jumaat, pemegang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu jelas menjadi sasaran lawan.

Lewat separuh masa pertama baju yang dipakainya hampir dicabut Francis Coquelin yang menarik jersinya.

Bekas pemain Arsenal yang menyertai Valencia bulan lalu itu bersaing merebut bola daripada Messi dan entah bagaimana berjaya menarik jersi lawannya.

Bagaimanapun ada yang melihat tindakan Coquelin itu sebagai melucukan.

Penyerang Barcelona itu juga kelihatan lebih terkejut ketika penjaga gawang Valencia Jaume Domenech menolaknya ketika dia keluar untuk menepis bola.

Domenech sekurang-kurangnya memohon maaf selepas kejadian itu.

Barca menang 2-0 dalam perlawanan ini dan layak ke final dengan agregat 3-0.-metroUK

Lionel Messi, Francis Coquelin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain