suria

Manchester United Catat Keuntungan

NAIB pengerusi eksekutif Manchester United, Ed Woodward memuji model perniagaan utuh kelab tersebut selepas mengumumkan kanaikan perolehan untuk tempoh tiga bulan setengah.

Bos Old Trafford itu membuat pengumuman bagi perolehan tiga bulan menjelang 31 Disember, yang sudah meningkat sebanyak 3.8 peratus iaitu mencecah £163.9 juta (RM903.8 juta).

Bagi setengah tahun lalu, perolehan kelab itu berjumlah £304.9 juta (RM1.6 bilion), naik sebanyak 9.6 peratus bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Woodward.

Nilai hutang keseluruhan kelab tersebut pada 31 Disember adalah £328.6 juta (RM1.8 bilion), turun daripada £409.3 (RM2.2 bilion) untuk tempoh sama.

Pada Januari, kelab itu turut mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas dalam Liga Wang Bola Sepak Deloitte.

Kesimpulannya, segalanya berada dalam keadaan baik dan Woodward menggambarkan prestasi memberansangkan United kepada para pelabur selepas mengeluarkan penyata terkini kelab itu untuk suku pertama tahun ini. - Mirror UK

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chong Wei Kekal Nombor Dua Dunia

Artikel Lain