ANTONIO Conte kembali membawa skuadnya mencatat kemenangan sekaligus menghilangkan sedikit tekanan yang dilaluinya. Pengurus kelahiran Itali itu berdepan dengan tekanan dengan kekalahan dua kali berturut-turut sebelum ini, ditambah pula dengan isu bersama pihak pengurusan mengenai pembelian pemain. Bagaimana pun, perlawanan di Stamford Bridge menentang West Brom awal pagi Selasa ini memberi nafas baharu untuk terus bangkit menerebut tempat tempat terbaik dalam liga. Pada perlawanan tersebut Eden Hazard berjaya membuka jaringan pertama permainan pada minit ke-25. Manakala Victor Moses menambah gol kedua pada minit ke-65. Hazard sekali lagi memastikan The Blues menang bergaya dengan gol ketiga minit ke-71 permainan. Kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea berada di kedudukan keempat liga dengan 53 mata.