"BILA saya tengok video tu, saya tergelak," demikian ungkapan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim apabila diminta mengulas mengenai isu penyebaran video lucah membabitkan Datuk Lee Chong Wei yang hangat diperkatakan sekarang ini. Roslin menyifatkan pertuduhan tersebut tidak berasas memandangkan beliau lebih mengenali peribadi Chong Wei yang sebenarnya. "Saya mengaku, saya menonton video itu selepas dikongsi rakan-rakan di aplikasi Whatsapp. Tapi apa boleh saya katakan, saya kenal siapa Chong Wei yang sebenarnya. "Sebelum tengok video itu lagi saya dah tahu itu bukan Chong Wei dan bila dah tengok, kita boleh nampak bentuk badan dia memang bukan Chong Wei. "Memang 100 peratus bukan dia dan ramai orang yang menonton pun mengatakan benda yang sama," katanya. Mengulas lanjut, Roslin berharap siasatan tersebut dapat dilakukan dengan telus bagi memastikan nama baik pemain nombor dua dunia itu dapat dibersihkan kembali. "Saya tak pasti ini untuk jatuhkan nama Chong Wei atau satu bentuk promosi untuk filem baharunya nanti, tapi saya berharap pihak berkuasa perlu menyiasat secara menyeluruh bagi membersihkan kembali nama baiknya," katanya lagi. - Sinar Online