suria

Brazil Dedah Senarai Pemain Piala Dunia 2018

Tite

MENJELANG final Piala Dunia Jun ini, jurulatih Brazil mendedahkan senarai 15 pemain ke Rusia.

Tite memberitahu, dia telah mengisi 15 orang pemain dalam skuadnya termasuk Thiago Silva dan Firmino.

Thiago bersama Paris Saint Germain tidak beraksi ketika kelabnya itu tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Manakala Firmino berdepan dengan tugas berat untuk merebut barisan utama daripada pemain pilihan seperti Neymar (PSG), Philippe Coutinho (Barcelona) dan Gariel Jesus (Manchester City).

"Pemain kesebelasan utama: Alisson, Marcelo, Miranda, Marquinhos, Daniel Alves, Paulinho, Renato Augusto, Casamiro, Neymar, Coutinho dan Gabriel Jesus," jelas Tite ketika ditemuramah oleh laman web Brazil,  UOL Esportes.

Dua lagi pemain, Fernandinho (Man City) dan Willian (Chelsea) turut dipanggil ke skuad juara dunia lima kali ini.

Manakala bagi lapan dari 23 pemain akan diumumkan kelak.

Brazil diundi berada dalam Kumpulan E bersama Costa Rica, Switzerland dan Serbia.

Mereka bakal mengharungi perlawanan persahabatan dengan tuan rumah, Rusia dan juara bertahan Jerman pada Mac ini.

Brazil, Piala Dunia 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain