suria

Isaac Teruskan Legasi Drogba

ISAAC, anak lelaki bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba menyertai Liga 1 Guingamp, sebagai sebahagian latihan menerusi akademi bawah 19 tahun, menurut pasukan Perancis.

Remaja berusia 17 tahun itu mengikut jejak bapanya yang melakukan 50 penampilan di Guingamp sebelum berpindah ke Marseilles dan seterusnya ke Chelsea.

Ketika mewakili Chelsea, Drogba menghasilkan 164 jaringan dalam 381 aksinya untuk kelab Liga Perdana itu.

"Tentunya saya berbangga dengan Isaac Drogba," kata bapa berusia 39 tahun itu menerusi akaun Instagramnya.

Didier Drogba memenangi empat liga dan gelaran Piala FA, satu trofi Liga Juara-Juara dan beberapa lagi kejayaan ketika bersama Chelsea selama sembilan musim.- Reuters

Isaac, Drogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain Man City Diserang

Artikel Lain