SERGIO Aguero diserang oleh penyokong Wigan sewaktu padang dicerobohi dalam satu perlawanan pada malam Isnin. Seorang penyokong cuba menumbuk penyerang Manchester City itu pada masa penuh perlawanan. Jurulatih Mikel Arteta dan ahli fisioterapi kelab, Steven Lilley bergegas untuk membantunya. Lilley menarik Aguero dari penyokong itu sebelum pemain Argentina itu dapat membalas serangan tersebut. Sportsmail difahamkan, Manchester City akan mendapatkan jawapan dari Wigan mengenai bagaimana pencerobohan berlaku, sehingga meletakkan pemain mereka dalam bahaya. Dalam perlawanan Piala FA itu, Wigan menewaskan Manchester City dengan 1-0. - MailOnlineUK