suria

Alvaro Tidak Sabar Lagi

Alvaro Da Silva. Foto Bernama

PEMAIN pertahanan Kedah mengakui tidak sabar menantikan perlawanan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.

Alvaro Da Silva berkata, selepas terpaksa menjadi penonton dalam tiga pelawanan, kini dia sedang menantikan perlawanan pertama saingan Liga Super untuk dirinya sejak bergelar pemain skuad hijau kuning.

Namun kini pemain berpengalaman itu dilaporkan telah pulih dan bersedia untuk memperkuatkan benteng pertahanan Kedah. 

“Kalau boleh saya mahu beraksi bermula perlawanan pertama Liga Super musim ini tetapi kecederaan di bahagian paha kanan menjdi penghalang dan perlu rehat sebanyak tiga perlawanan.

"Saya melalui tempoh tempoh rehat ini dengan melihat rakan-rakan lain berjuang untuk mendapatkan kejayaan dalam setiap permainan.

“Sekarang saya bersyukur kerana kecederaan ini audah sembuh dan dapat beraksi seperti biasa. Saya telah dapat menjalani latihan bersama pemain lain sebagai persediaan untuk perlawanan Ahad ini," katanya kepada mStar Online.

Alvaro memberitahu, dia kini berazam untuk memastikan benteng pertahanan Kedah tidak mudah dibolosi lawan dengan kerjasama rakan-rakan lain.

Jelasnya, Kedah bakal berdepan pendahulu liga, dan mereka pastinya sebuah pasukan yang baik dan mahu mengekalkan kedudukan dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Jika menjadi pilihan Ketua Jurulatih, Ramon Marcote saya akan berjuang habis-habisan bersama pemain lain, kami mahu bawa pulang tiga mata.

"Apa yang dapat saya lihat, penyokong Kedah sentiasa memberi sokongan walau di mana sahaja pasukan ini beraksi dan ini akan membakar semangat pemain termasuk saya yang memastikan kemenangan menjadi milik kita," ujarnya.

Alvaro Da Silva

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain