suria

Thierry Henry Dedah Impian Ganti Arsene Wenger

BERDASARKAN keputusan perlawanan pada Ahad, pasukan Arsenal tewas 3-0 di tangan Manchester City sewaktu saingan final Piala Carabao di Wembley.

Kekalahan itu menyebabkan mereka berada di kedudukan ke enam Liga Eropah, kurang 10 mata untuk membolehkan layak menempatkan diri ke Liga Juara-Juara.

Sehubungan itu, bekas pemain Arsenal, Thierry Henry meluahkan hasratnya untuk menggantikan posisi Arsene Wenger sebagai pengurus pasukan itu.

Namun, dia yang kini bertindak sebagai pembantu pengurus kepada Roberto Martinez menolak kemungkinan untuk menggantikan Wenger dalam masa terdekat kerana rasa hormat yang masih menebal terhadap bekas pengurusnya itu.

"Saya ada tugas untuk dilaksanakan bersama pasukan Belgium. Lihat sahaja apa akan berlaku nanti.

"Ia sememangnya satu impian untuk saya menjadi pengurus Arsenal. Siapa yang tak berminat dengan jawatan itu, saya sangat berminat.

"Tapi saya kekal bersama Beligum pada masa ini dan saya hormati Wenger," ujar Henry kepada Sky Sports.

Walaupun prestasi pasukan kendalian Wenger agak merisaukan, dia menolak sebaran kritikan terhadap pasukannya yang kalah di tangan anak buah Pep Guardiola.

"Bila kita kalah 3-0, mestilah kena lihat dari sudut pertahanan, tapi saya rasa ia agak bagus.

"Cuma pasukan Arsenal kadang-kala hilang konsentrasi sewaktu berada di padang.

"Kami menganalisis semua perlawanan dengan perkiraan matematik. Apa yang jelas, kami tidak melepaskan banyak peluang tapi kami memberi peluang yang senang, dan malangnya kami tidak memberi peluang kepada pasukan sendiri," ujar Wenger.



Henry, Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain