suria

Westgarth Meninggal Dunia Selepas Raih Kemenangan

Westgarth (tengah) kelihatan tidak sihat selepas perlawanan.

SEORANG petinju Britain meninggal dua selepas beberapa jam menang dalam perlawanan Doncaster Dome.

Scott Westgarth berusia 31 tahun meninggal dunia di Hospital Royal Hallamshire Ahad malam.

Westgarth mengutip mata dalam pertarungan ganas menentang Dec Spellman yang menyaksikan kedua-dua mereka menerima pukulan sehingga terjatuh.

Westgarth yang ditemui selepas perlawanan kelihatan memegang kepalanya sebelum paramedik membawanya ke hospital.

Dia disahkan meninggal dunia di hospital tersebut dan beberapa legenda petinju dunia turut memberi penghormatan kepadanya termasuk Frank Bruno dan Ricky Hatton.

Ketika ditemubual oleh pihak penganjur, Westgarth berkata: "Saya sangat gembira kerana dapat memberi persembahan dan membuatkan semua orang terhibur."

Scott Westgarth

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain