suria

Aksi Mourinho Minta Maaf Cuit Hati Penyokong Crystal Palace

JOSE Mourinho tampil memohon maaf kepada penyokong-penyokong Crystal Palace selepas tindakan menyepak botol air.

Insiden itu berlaku ketika pengurus Manchester United itu tidak berpuas hati dengan aksi skuadnya yang ketinggalan dua gol ketika babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan.

Tindakan yang dilakukan itu di hadapan penyokong tuan rumah, namun Mourinho terus menunjukkan rasa bersalah.

Dia mengadap ke arah tempat duduk penyokong sambil kedua-dua tangannya diangkat tanda memohon maaf.

Musim lalu Mourinho turut menyepak botol air ketika aksi seri bertemu West Ham.

Dalam pada itu, Mourinho turut tidak berpuas hati aksi perlawanan walaupun berjaya mencatat kemenangan 3-2.

"Ia kosong. Satu perkara berkaitan dengan pengadil dan satu lagi mengenai kekecewaan dengan permainan tanpa aksi yang agresif dan hanya 'main-main' di belakang orang lain.

"Mungkin mereka suka saya berada di sini kerana saya selalu memberitahu mereka bahawa semua penyokong sangat menarik," jelas Mourinho kepada Sky Sports.

Sebagai rekod ia bukan kali pertama Mourinho menyepak botol memandangkan musim lalu dia telah dikenakan denda kerana tindakan sama ketika aksi eri 1-1 ke atas West Ham dan denda 16,000 pound serta digantung satu perlawanan.

Jose Mourinho

Artikel Lain