MARCUS Rashford menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada ibunya. Pemain muda Manchester United berusia 20 tahun itu menghadiahkan trofi 'Man of The Match' yang tidak ada dijual di mana-mana kepada ibunya, Melanie. Rashford menerima trofi pemian terbsaik perlawanan ketika membantu United menewaskan Liverpool 2-1 pada perlawanan Sabtu lalu sekaligus mengekalkan kedudukan di tangga kedua liga. "Terima kasih di atas apa yang anda lakukan. Selamat Hari Ibu, hadiah sempurna!', tulis Rashford di laman Instagram dengan memuat naik gambar bersama ibunya memegang trofi tersebut.