MAROUNE Fellaini mengaskan bahawa dia bukan seorang pemain yang agresif. Pemain berusia 30 tahun itu berkata, sudah menjadi tugasnya untuk merampas bola daripada pihak lawan. Malah pemain antarabangsa Belgium itu juga mengakui tidak takut dengan sentuhan fizikal dalam permainan dan telah mengutip banyak kad sepanjang bersama Everton dan Red Devils. Bagaimana pun pemain tengah itu turut mengakui kadang-kala tindakan itu telah mencalarkan reputasinya. "Memang mudah orang menganggap saya sebagai pemain agresif. Tetapi sebenarnya tidak. "Saya cuba bermain dengan cara sendiri, bagi yang terbaik kepada pasukan, kepada kelab. Saya sentiasa ingin berubah," ujar Fellaini kepada majalah GQ Style. Sejak berpindah dari The Toffees ke Old Trafford pada tahun 2013, Fellaini menjadi salah seorang pemain utama Jose Mourinho.Pengurus itu cuba memujuk Fellaini untuk menyambung kontraknya, namun dia bakal menjadi pemain bebas sebaik sahaja tamat musim ini. Selain itu, Fellaini menghiasi majalah fesyen tersebut dengan gaya rambut yang berbeza.