ROMELU Lukaku memberitahu beberapa rakannya dalam skuad Manchester United telah 'menyorok'. Kelab Old Trafford itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas 2-1 kepada Sevilla pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan awal pagi Rabu. Lukaku menjaringkan gol tunggal pada minit terakhir perlawanan, namun ia tidak mencukupi untuk menyamakan dua jaringan gol oleh pemain tuan rumah Wissam Ben Yedder. Pemain antarabangsa Belgium itu mendedahkan bahawa United tidak layak untuk mara ke suku akhir. "Beberapa perkara cacat disebabkan oleh beberapa pemain yang menyorok. Penipuan sangat besar, kerana saya apabila perlawanan bermula dengan dan kami mula membiarkan mereka mengawal permainan. "Dan kami mula mendapat beberapa peluang tetapi tidak menggunakannya, kemudian mereka menjaringkan gol pertama. "Dari saat itu kami mula mengejar dan mereka menyumbat gol kedua yang menjadikan ia musnah. Akhir permainan kami mula kejar, namun ia tidak mencukupi. "Kami sebenarnya perlu buat lebih baik kerana kualiti pasukan ini. Kami patut layak. Dan kami tidak layak kerana kami belum cukup bagus," ujarnya kepada BT Sport. Lukaku menjaringkan gol minit ke-84, namun ia tidak cukup menyelamatkan skuad kendalian Jose Mourinho ini. "Kami sepatutnya menjaringkan gol lebih awal, Mungkin pada separuh masa pertama. "Kami sentiasa berada di posisi yang betul tetapi hantaran bola kepada pemain lain tidak cukup baik. Dan itulah yang 'membunuh' kami," tambahnya.