MARCOS Rojo mengikat kontrak baharu bersama Manchester United sehingga 2020. Perjanjian termasuk pilihan 12 bulan buat pemain pertahanan Argentina ini. Kontrak Rojo bakal tamat tahun depan dan dia turut dikaitkan dengan perpindahan 30 juta pound ke Paris Saint-Germain musim baharu ini. Risau dengan situasi itu, United menawarkan kenaikan gaji 70 ribu pound seminggu sekaligus Rojo kini selamat di Old Trafford. Pemain berusia 27 tahun itu terlepas tujuh perlawanan selepas mengalami kecederaan November lalu. Dengan kelebihan bermain di bahagian pertahanan belakang dan tengah menjadikan Rojo antara pemain penting skuad Jose Mourinho serta Louis van Gaal ketika musim 2016. Dia berpindah dari Sporting Lisbon pada tahun 2014 dengan harga perpindahan 16 juta pound.