PETALING JAYA: Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan pada kedudukan ke-14 dalam perlumbaan MotoGP Dunia 2018 pada Ahad. Muka baharu dalam MotoGP itu yang beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 42 minit 54.953 saat. Pada Sabtu, pelumba yang berusia 23 tahun itu berada pada kedudukan ke-15 dan berjaya mendaki carta pada perlawanan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pada perlumbaan itu, pelumba pasukan Ducati dari Itali, Andrea Dovizioso mengungguli tangga teratas litar dengan catatan masa 42 minit 34.654 saat, manakala Marc Márquez dari Sepanyol pula mencatat 42 minit 34.681 saat.