suria

Piala Dunia 2018 Mungkin Yang Terakhir

Foto dari Reuters.

LIONEL Messi mengakui Piala Dunia 2018 mungkin menjadi yang terakhir untuknya.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami tiga kekalahan besar berturut-turut dalam acara final Piala Dunia (2014), Copa America (2015, 2016) dan mengakui peristiwa tersebut menyebabkan dia sedih.

"Saya menangis berkali-kali kerana permainan seperti ini, kerana telah kalah ketika final, untuk permainan yang amat bermakna dan gagal mencapai impian negara.

"Perlawanan tersebut (tiga final) adalah tamparan yang hebat.

"Seolah-olah dapat masuk ke final dalam tiga perlawanan itu tidak membantu kami sama sekali," kata Messi kepada program televisyen Argentina, La Cornisa.

Kekalahan di final Copa America yang lalu mendorong Messi untuk bersara dari aksi antarabangsa pada 2016, tetapi selepas rakyat Argentina termasuk presiden Mauricio Macri menggesa pemain itu untuk mempertimbangkan semula keputusannya, pemenang Ballon d'Or lima kali itu mengubah keputusan hampir dua bulan kemudian.

Messi berperanan penting menghantar Argentina ke Rusia pada musim panas ini.

Jaringan hatrik oleh pemain itu pada perlawanan kelayakan terakhir mereka menentang Ecuador berjaya merapatkan kedudukan ke tangga ketiga dalam carta Amerika Selatan.

Selepas menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir, Messi mengakui edisi musim panas kali ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya dalam Piala Dunia. - Eurosport

Lionel Messi, Piala Dunia

Artikel Lain