KELAB Reading memecat pengurus Jaap Stam dengan hanya berbaki lapan perlawanan dalam musim Kejuaraan. Ia hanya berada tiga mata dari zon penyingkiran selepas kekalahan 3-2 di Norwich, Sabtu lalu dan tidak memperoleh kemenangan sejak 30 Januari. Bekas pemain pertahanan Manchester United dan Belanda itu mengetuai mengetuai Royals pada Kejuaraan. Stam dilihat gagal mempertahankan kedudukan pasukan daripada terus dilanda masalah yang serius. Reading dalam satu kenyataan memberitahu: "Kelab Bola Sepak Reading mengumumkan bahawa Jaap Stam telah digugurkan sebagai pengurus kelab serta-merta. "Pemegang saham majoriti, Yongge Dai dan Cik Xiu Li Dai telah memberikan Jaap setiap peluang untuk mengubah apa yang dilihat menjadi sukar dan mencabar dalam kempen Kejuaraan. "Jaap tidak goyah pada masa, usaha dan semangatnya yang dia cuba untuk memimpin pasukan dari apa yang kami dapat lakukan. "Namun, setelah dipertimbangkan dengan teliti, keputusan dibuat bahawa perubahan diperlukan sekarang. 'Kami mengucapkan terima kasih kepada Jaap di atas kerja keras dan komitmennya terhadap kelab, khususnya dengan menyatakan apa yang dicapai pada musim pertama dalam pengurusan kelab, dan kami berharap beliau akan menjadi yang terbaik dalam usahanya yang akan datang," menurut kenyataan itu. - Mail Online UK