suria

Bintang Bola Sepak Argentina Meninggal Dunia

BUENOS AIRES: Rene Houseman, pemain Argentina yang membantu negara itu menjulang Piala Dunia pada 1978, telah meninggal dunia pada usia 64 tahun, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) pada Khamis.

Bekas pemain Kelab Huracan, River Plate dan Colo-Colo itu telah didiagnos mengidap penyakit kanser lidah tahun lepas.

Dikenali sebagai El Loco (bahasa Sepanyol untuk orang gila), Houseman dikagumi kerana kemahiran mengelecek bola, kepantasan dan personaliti ekstrovertnya.

Bekas rakan sepasukan Houseman, Osvaldo Ardiles, turut memberi penghormatan kepada mendiang.

Rene Houseman

Artikel Sebelum

Artikel Lain