suria

Van Gaal Belum 'Move On' Dengan United

LOUIS van Gaal dilihat belum lagi 'move on' selepas dipecat Manchester United dua tahun lalu.

Ini kerana, bekas jurulatih Belanda itu merasakan dia tidak dilayan dengan adil walaupun ketika itu baru sahaja menghadiahkan Piala FA kepada kelab.

Van Gaal meluahkan tidak berpuas hati kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ed woodward.

Pengurus berusia 66 tahun itu memberitahu kepada akhbar Jerman, Bild  bahawa Woodward telah memberikannya jaminan bahawa gembira dengan pengurusannya.

"Apa saya pelajari apabila CEO sangat gembira dengan anda, jangan percayakan media. Kemudian anda menang Piala FA dan masih dipecat."

Dalam pada itu, Van Gaal memberitahu sekiranya dia diberi dana pembelian pemain, pastinya akan mencari pemain lebih hebat untuk bersaing dengan Manchester City.

"Bagi saya setakat ini, Pep Guardiola adalah yang terbaik dalam Liga Perdana.

"Pep menjadikan City sebagai mesin. Dia menunjukkan gaya bola sepak yang saya suka ketika di Manchester United.

"Tetapi dia mempunyai pemain yang lebih baik. Bagi saya, proses untuk itu perlukan masa yang panjang. Sayang sekali, saya tidak mendapat masa itu," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain