KEVIN de Bruyne memberitahu dia 'okay' apabila bas Manchester City diserang penyokong-penyokong Liverpool sebelum perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung awal pagi Khamis. Penyokong-penyokong The Reds menyambut kehadiran anak buah Pep Guardiola dengan balingan suar, botol minuman ke arah kenderaan mereka sebaik sahaja tiba di Anfied pada pusingan pertama saingan ini. Walaupun Guardiola kurang gembira dengan kelakuan penyokong tuan rumah itu, pemainnya hanya tenang sahaja berdepan situasi itu. Gelagat penyokong Liverpool ketika aksi menentang City awal pagi Khamis. "Ok sahaja. Ia seperti perasaan yang baik. Saya tidak peduli penyokong bertindak demikian. Saya telah beberapa kali berdepan dengan situasi ini bersama pasukan. "Bukan tahap percah cermin, tetapi siapa saya untuk berkata sesuatu? Saya okay sahaja sleagi tidak ada sesiapa yang cedera," jelasnya. De Bruyne juga memberitahu persembahan buruk kelabnya bukan disebabkan situasi itu. "Tidak, ia tidak akan mengubah apa-apa. Selagi anda meredakan keganasan, tidak ada yang salah (situasi)." Pada perlawanan tersebut, City dibelasah Liverpool 3-0 dengan jaringan oleh Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane.