VAHID Halilhodzic dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Jepun. Pengendali kelahiran Bosnia itu dipecat dua bulan menjelang Piala Dunia di Rusia. Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kozo Tashima berkata, jurulatih itu sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. Tashima memberitahu, pengganti akan diumumkan dalam satu sidang media yang bakal berlangsung pada Isnin. Halilhodzic mengendalikan skuad bola sepak negara 'Matahari terbit' itu sejak tahun 2015. Pemecatannya itu dikaitkan dengan prestasi skuadnya.