LAPORAN berita di Sepanyol terus menghubungkan Real Madrid dengan pemain pertahanan Liverpool, Mohamed Salah pada musim ini. Pemain sayap berusia 25 tahun itu telah menjadi antara pemain terbaik Reds musim ini kerana berjaya menjaringkan 38 gol dan membantu 13 jaringan dalam 43 penampilannya dalam semua perlawanan. Salah membuktikan dia adalah pemain penting dalam pasukan Jurgen Klopp dan Liverpool tidak boleh kehilangannya. Bagaimanapun, menurut laporan Don Balon seperti yang dilaporkan oleh The Express, Real Madrid mempunyai idea lain. Ia mendakwa bahawa gergasi Sepanyol itu sanggup menawarkan Gareth Bale dan Karim Benzema sebagai ganti kepada pemain antarabangsa Mesir tersebut, tanpa menyebut bayaran yang akan ditawarkan. Daripada sudut pandangan Liverpool pula, susulan penjualan Philippe Coutinho pada Januari, pasukan itu akan kehilangan seorang lagi pemain penting dan berada dalam risiko untuk mengawal keseimbangan permainan musim ini. Sehubungan itu, keputusan melepaskan Salah adalah satu risiko besar dan tidak akan disenangi penyokong kelab itu memandangkan pemain tersebut telah menjadi hero sekelip mata ketika berada di Anfield. - Caught Offside