suria

City jadi juara Liga Perdana Inggeris selepas United kalah kepada West Brom

Foto dari AFP.

MANCHESTER City dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United tumpas 1-0 ke atas West Brom.

City melakar kemenangan 3-1 di Tottenham pada Sabtu dan pemainnya memilih untuk meraikan kejayaan itu di sebuah pub tempatan bersama penyokong setianya.

Kelab tersebut merangkul gelaran juara pertama di bawah kelolaan Pep Guardiola, manakala pengurus itu meraih gelaran liga ketujuh menerusi tiga kelab dalam tempoh sembilan tahun.

Sementara itu, United kini berada 16 mata di belakang City dan hanya tinggal lima perlawanan untuk bermain.

City mendominasi piala tersebut dengan jaringan sebanyak 93 gol dan hanya tewas dua kali sepanjang kempen tersebut.

Kelab itu mampu mencipta sejarah dengan meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris ketika menentang United pada 7 April di Stadium Etihad, setelah mendahului 2-0 pada awalnya namun tergelincir dengan keputusan 3-2.

Bagaimanapun, kejayaan 3-1 di Tottenham pada Sabtu mengembalikan gelaran tersebut selepas penyerang West Brom, Jay Rodriguez 'mengesahkan' statusnya sebagai juara pada Ahad. - Agensi

Manchester City, EPL

Artikel Lain