ANTONIO CONTE mempertimbangkan pilihannya untuk perlawanan di Wembley selepas Olivier Giroud dan Alvaro Morata bergabung mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan yang mencatatkan kemenangan 2-1 di Burnley. Chelsea boleh bermain dengan dua penyerang ketika menentang Southampton dalam perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris, kata pengurus tersebut. Eden Hazard yang terpaksa direhatkan pada pertembungan Ahad lalu membuatkan Morata dan Giroud dipasangkan bersama pada perlawanan tersebut. The Clarets berjuang habis-habisan untuk mematahkan serangan duo tersebut, dan Victor Moses berjaya menjaringkan gol dalam membantu Chelsea mencatatkan rekod kemenangan membanggakan pada perlawanan itu. Conte tidak menolak kemungkinan untuk memilih formasi 3-5-2 sekali lagi dalam Piala FA selepas melihat pasukannya mencatatkan kemenangan ke-100. Ia sekaligus merapatkan jurang antara The Blues dengan empat pasukan teratas kepada lima mata. "Kami bermain dengan baik menentang pasukan yang sukar kerana tidak mudah bermain melawan Burnley. "Kami bermain permainan dengan baik dan kedua-dua penyerang itu serasi bersama, mereka bermain dengan hebat. Seluruh pemain bermain dengan intensif. Kami layak untuk menang," kata Conte kepada BBC Sport.