suria

Arsene Wilshere... harap anda jadi sehebat Wenger!

Gambar yang dimuatnaik Ferdy di laman Twitternya.

FERDY Widjaja secara peribadinya tidak mahu Arsene Wenger meninggalkan Emirates.

Lelaki warga Indonesia itu yang menamakan anaknya sempena nama pengurus Arsenal berkenaan masih mahu dia kekal mengemudi The Gunners.

Ferdy, seorang jurugambar yang menetap di Jakarta, menamakan anak lelakinya Arsene Wilshere dengan harapan kanak-kanak kecil itu boleh menjadi sehebat Wenger.

Malah, penyokong tegar Arsenal itu mengharapkan Wenger kekal di Emirates sehingga musim ini.

"Sejujurnya, saya tidak mahu dia pergi. Adalah lebih baik jika dia menamatkan kontraknya sehingga musim depan dan membantu Arsenal menjulang trofi.

"Namun saya menghormati keputusannya," katanya.

Nama unik itu amat jarang digunakan di Indonesia.

Ferdy berkata dia mempunyai alasan tersendiri untuk memberikan nama tersebut kepada anak lelakinya.

"Saya amat mengagumi Arsene Wenger kerana kebijaksanaannya, kemahiran berbahasa (mahir dalam tujuh bahasa) dan banyak sebab lagi.

"Saya harap anak saya akan menjadi lelaki hebat seperti Wenger dan bijak seperti Jack Wilshere (pemain tengah Arsenal)," katanya.

Jelas Ferdy, dia amat mengagumi Arsenal yang sentiasa dihatinya sejak zaman kanak-kanak lagi terutamanya ketika era Dennis Bergkamp dan Thierry Henry.

"Saya amat kagum dengan corak permainan mereka. Gaya serangan mereka antara yang terbaik pernah saya lihat. Wenger banyak memberi peluang kepada pemain muda untuk menjadi pemain hebat seperti sekarang," katanya.

Ferdy turut berharap agar dia berpeluang menjejak kaki ke Stadium Emirates dan bertemu idolanya suatu hari nanti.

Arsene Wilshere, Arsenal

Artikel Sebelum

Sah! Kuantan FA digugurkan

Artikel Berikut

Tahniah! bangga dengan anda

Artikel Lain