suria

Klopp tutup mulut, enggan dedah nilai Salah

Foto dari AFP

LIVERPOOL membeli pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Salah hanya dengan harga £36.9 juta (RM201.5 juta), dan melihat kepada prestasinya sepanjang kempen 2017 dan 2018, nilai tersebut dianggap rendah.

Salah yang menyumbat 41 gol untuk Liverpool menjadikan pelaburan tersebut amat berbaloi, tetapi Jurgen Klopp enggan membuat spekulasi tentang nilai pemain itu sekarang.

The Reds mengambil pemain antarabangsa Mesir dari Roma pada 2017 dan menjadikan pemain yang kurang menyerlah di Chelsea itu kepada seorang bintang yang digeruni.

Klopp menegaskan bahawa Liverpool sentiasa tahu apa yang mereka miliki dan tidak pernah meragui tentang keupayaan pemain berusia 25 tahun itu.

Tetapi Salah telah membuktikan bahawa dia mampu membuktikan kemampuannya di luar jangkaan awal.

"Berapa nilai Mo (Salah) sekarang? Itu tidak menarik.

"Dia bangkit untuk ke langkah seterusnya dalam pembangunan kariernya.

"Di Roma, dia memang benar-benar bagus dan hanya kerana England mempunyai liga yang hebat sehingga anda tidak menyaksikan liga lain dengan cukup!

"Ia amat jelas dia bagus di Roma dan seorang pemain tengah yang sangat agresif. Dia sangat 'cool' di depan gawang," kata Klopp kepada pemberita selepas melihat Salah menjaringkan gol dalam perlawanan seri 2-2 antara Liverpool dan West Brom.

Salah kini mencapai rekod gol Liga Perdana Inggeris, Luis Suarez untuk Liverpool dan hanya kekurangan enam gol daripada rekod bersejarah Ian Rush sebanyak 47 gol dari tahun 1983 hingga 1984. - Goal

Salah, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain