suria

Maskot robot pertama dunia bantu peminat Everton saksi perlawanan

EVERTON mencipta sejarah dengan menjadi kelab pertama di dunia yang menggunakan maskot robot.

Menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Newcastle, maskot maya pertama dunia itu ditonjolkan julung kalinya di Goodison Park.

Kapten Toffees, Phil Jagielka berjalan ke padang dengan membawa robot dan ia memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang peminat pasukan itu, Jack McLinden, 14 tahun.

Jack menderita penyakit sindrom Lennox-Gastaut yang memaksanya bergantung kepada kerusi roda.

Remaja itu yang tidak dapat bercakap dan turut bergantung kepada oksigen pada setiap masa diberi peluang untuk mengiringi wiranya ke padang melalui teknologi "telepresence robot AV1".

Jack menonton perlawanan pasukan kegemarannya melalui bantuan maskot robot. - Twitter Everton.

Sistem itu membolehkan Jack untuk berkomunikasi dengan pemain Everton melalui mikrofon dan alat pembesar suara, manakala kamera pada robot itu membolehkan dia untuk merasai pengalaman berjalan melewati terowong stadium hanya dari rumahnya.

Ibu Jack, Michelle Wignall yang merupakan duta WellChild, berkata: "Memiliki sokongan dari pasukan yang hebat di WellChild, ... bermakna kami tidak pernah bersendirian, terasing atau dibiarkan tanpa sokongan. 

"Kami teruja melalui 'No Isolation' dan Kelab Bola Sepak Everton, Jack dapat menikmati pengalaman ini sekali dalam seumur hidup. "

Teknologi yang dihasilkan oleh syarikat Norway, No Isolation itu direka untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidapi penyakit jangka panjang dengan memberi mereka keupayaan untuk menghadiri sekolah dan acara sosial lain secara maya. - Sports Joe

Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain