DUA gol memberikan Real Madrid kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.
Bertempat di Allianz Arena di Munich, dua gol itu menerusi aksi Marcelo dan Marco Asensio.
Bagaimanapun, gol pembukaan dicatatkan oleh Bayern Munich pada minit ke-28 oleh pemain Joshua Kimmich.
Bayern terus mendominasi perlawanan, namun lama-kelamaan ditangkas Real Madrid selepas Marcelo membuat jaringan pada minit ke-44.
Gol kedua yang dilakukan Asensio pula hanya berselang 13 minit.
Real Madrid kini melangkah selangkah lagi untuk mara ke saingan akhir Liga Juara-Juara.