SEORANG penyokong bola sepak mengalami kecederaan kritikal pada perlawanan separuh akhir dan presiden Roma 'naik angin' sejurus mengetahui tentang perkara itu. Presiden Roma, James Pallotta mengeluarkan kata-kata kesat kerana menyifatkan insiden itu telah mencalarkan reputasi kelabnya. Palotta. -Reuters Penyokong Liverpool cedera teruk dalam insiden yang berlaku pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield pada Selasa. Mangsa yang berusia 53 tahun itu diserang sebelum perlawanan bermula dan dua lelaki Itali didakwa serta direman oleh pihak polis Merseyside. Namun, Palotta mempercayai 99.9 peratus daripada penyokong pasukannya adalah yang terbaik dan menegaskan bahawa ada perkara yang perlu berubah ekoran kelakuan penyokong segelintir individu yang melakukan perbuatan bodoh. "Kami mempunyai sejarah yang panjang di Roma dan apa yang berlaku apabila anda mempunyai segelintir orang bodoh yang merosakkan sejarah sendiri. "Mereka menyerang legasi kami dan saya sudah penat," kata presiden Roma kepada pemberita, lapor Goal. "Ia bukan sekadar isu buat Rome. Ia adalah isu Itali dan untuk pihak berkuasa termasuk kita semua untuk bersatu, bangkit agar kita tidak memiliki reputasi yang menunjukkan penyokong kita bukan yang terbaik di dunia. "Ia hanya perbuatan beberapa penyokong 'f****** moron' (gila babi) yang telah menjatuhkan kita," ujarnya.