PEMAIN tengah Liverpool setuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun bernilai £5.2juta (RM28 juta) setahun untuk menyertai kelab gergasi dari Itali, Juventus pada musim panas ini, lapor Fazzetta dello Sport. Akhbar Itali itu melaporkan bahawa pemain kelahiran Jerman yang berusia 24 tahun itu akhirnya menandatangani kontrak dengan juara bertahan Serie A selepas beberapa bulan spekulasi mengenainya diperkatakan. Laporan itu mendakwa, Emre Can diumpan dengan janji 'projek teknikal' di Turin yang mana Paris Saint-Germain dan Bayern Munich tidak mampu memberikan tawaran yang sama kepadanya. Can berada di Liverpool selama empat tahun sejak menandatangani kontrak bernilai £10juta (RM54 juta) daripada Bayer Leverkusen pada 2014. Dia akan membuat 166 penampilan untuk Reds dan telah menjaringkan 14 gol. Kontraknya dijangka akan berakhir pada hujung musim ini, dan pada masa sama Liverpool mahu Can kekal di Anfield. Juventus kini berada di kedudukan teratas Serie A dan sedang cuba merangkul gelaran juara kali keenam. - This Is Football