suria

Salah tetap di hati Roma walaupun sakit hati

Salah berjabat tangan dengan bekas rakan sepasukan di Roma selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua awal; pagi Khamis.

MOHAMED Salah membantu Liverpool mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan Roma.

Bukan sahaja tersingkir, malah lebih pahit Salah merupakan bekas pemain Roma yang meninggalkan kelab itu musim lalu.

Dengan nilai perpindahan 36 juta pound, Salah dianggap 'mesih gol' di Merseyside.

Selepas 10 tahun kemarau trofi Liga Juara-Juara, The Reds layak untuk berpesta sementara apabila menang secara agregat 7-6 pada aksi awal pagi Khamis.

Grafik Salah yang memakai jersi Liverpool (kanan) dan Roma.

Anak buah Jurgen Klopp itu bakal bertemu juara bertahan, Real Madrid yang akan berlangsung di Stadium Kiev, Ukraine pada 26 Mei ini.

Bagaimana pun Roma menerima hakikat nasib mereka itu dan turut mengucapkan tahniah kepada Salah.

"Ia sangat mengecewakan apabila impian #ASRoma untuk pergi ke Kiev sudah berakhir tetapi anda akan berada di sana dengan warna yang baharu.

"Selamat berjaya dalam final #UCL. #ForzaRoma #YNWA," ujar Roma di laman Twitternya.

Roma, Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain