STOKE City terpaksa akur tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris selepas 10 tahun. Kekalahan 2-1 kepada Crystal Palace pada Sabtu malam mengesahkan skuad bimbingan Paul Lambert ditendang divisyen kedua bola sepak Inggeris setelah sedekad mengekalkan kedudukan dalam liga utama. Stoke hanya mencatat 30 mata dalam 37 perlawanan musim ini dan lebih malang lagi mengharungi 13 aksi tanpa menang. "Petang yang sengit dan saya dapat rasakan semua orang berhubung dengan kelab. "Musim ini bermula Julai, Ogos. Anda akan menemui diri sendiri ketika 'berjalan sambil tidur' untuk menerima situasi ini. "Saya hanya tida ke sini pada Januari. Kami telah cuba mencari dan perbaiki apa yang silap, dan saya tidak menyalahkan sesiapa. "Ini adalah kelab yang bagus. Ia akan menjadi sukar dan kami perlu kembali bangkit," ujar Lambert.