suria

Bekas pemain EPL maut kemalangan

BEKAS pemain pertahanan Aston Villa dan Bolton, Jlloyd Samuel maut dalam kemalangan kereta.

Persatuan Bola Sepak Trinidad dan Tobago mengesahkan berita sedih itu di laman Facebook mereka dengan berkata kenderaan dinaiki pemain tersebut bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Semasa kejadian berlaku, Samuel dilaporkan baharu sahaja menghantar anaknya ke sekolah.

"Kami menerima berita buruk bahawa bekas pemain kebangsaan kami yang pernah mewakili Aston Villa dan Bolton Wanderers, Jlloyd Samuel meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pagi ini di England.

"Menurut laporan, Samuel sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

‘Persatuan Bola Sepak Trinidad dan Tobago serta bekas rakan pasukan kebangsaannya mengucapkan takziah kepada semua keluarga Samuel sama ada yang berada di Trinidad dan Tobago serta UK," demikian menurut kenyataan itu.

Pemain berusia 37 tahun itu menghabiskan kariernya di England dan pernah memperkuat Aston Villa selama sembilan tahun sebelum menyertai Bolton.

Selepas karier singkat bersama Cardiff pada 2011, Samuel berpindah ke kelab Iran, Esteghlal selama tiga tahun.

Meskipun dilahirkan di London, Samuel mewakili Trinidad dan Tobaga di peringkat antarabangsa.

Jlloyd Samuel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain