suria

Arsenal intai tiga muka baru

Sokratis Papastathopoulos.

ARSENAL bersedia membelanjakan 75 juta pound sterling untuk membawa masuk tiga pemain baharu sebelum Mikel Arteta dilantik sebagai pengurus secara rasmi.

Arteta, 36, merupakan calon pilihan utama untuk menggantikan Arsenal Wenger dan akan mengadakan rundingan bagi memuktamadkan tawarannya bersama lembaga pengarah Arsenal minggu ini.

Namun The Sun mendakwa ketua perekrutan Arsenal, Sven Mislintat mendesak rundingan segera dengan pemain baru diadakan dengan mensasarkan tiga perpindahan dimuktamadkan pada 1 Jun ini.

Menurut laporan itu, Arsenal semakin hampir mendapatkan khidmat pemain Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos dengan perpindahan bernilai 15 juta pound sterling.

Pemain Greece itu mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Dortmund dan enggan memperbaharui kontrak bersama kelab Bundesliga berkenaan.

Arsenal juga sedang berbincang dengan pemain pertahanan Freiburg, Caglar Soyuncu dan The Sun mendakwa Manchester City dan Roma terlepas untuk menyambar khidmat pemain Turki itu kerana kepantasan Mislintat.

Soyuncu dianggarkan bernilai 35 juta pound sterling.

Mislintat turut berusaha mencari pengganti Petr Cech dan mengenal pasti Bernd Leno dari Bayer Leverkusen.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu mahu berhijrah ke Arsenal dengan bidaan sekitar 25 juta pound sterling.

Arsenal, Mikel Arteta

Artikel Lain