PAUL Pogba enggan berpindah dari Manchester United akhir musim ini dan tidak akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG). Masa depan Pogba di Old Trafford masih samar dengan hubungan dinginnya bersama Jose Mourinho. Pemain termahal United 89 juta pound dari Juventus itu hanya banyak memanaskan bangku simpanan dan menjadi pemain gantian sepanjang musim ini. Pemain antarabangsa Perancis itu sekali lagi berada di bawah prestasi yang diharapkan ketika aksi tewas 1-0 kepada Chelsea pada aksi final Piala FA Ahad lalu. Dia mengakui mengalami isu 'mental' berkaitan dengan Mourinho.Pogba juga mengakui dia tidak jaminan sama ada akan terus berada bersama United untuk musim depan. "Semua perkara anda tidak akan pasti. Secara kontrak ia masih ada, ya. "Ada masanya saya tidak bermain. Saya hanya berada di kerusi simpanan. Banyak kali telah diluahkan. "Orang mungkin fikir ia salah tetapi pemain dan jurulatih tidak perlu menjadi kawan baik. "Salah seorang tidak boleh dipaksa untuk pergi ke restoran bersama. Saya ada sedikit masalah - mental. "Dia meletak saya dibangku simpanan, saya menjawab di padang, dan selalu memberi aksi maksimum. "Ia membuatkan saya semakin baik dari segi kepimpinan."Saya mendapat lilitan kapten dengan Mourinho, dan ianya pertama kali. "Malah ia sangat penting buat saya yang membuatkan saya boleh menjadi ketua dalam pasukan Perancis," ujarnya kepada French TV. Dengan nilai perpindahan tinggi itu, hanya kelab dari Eropah sahaja yang mampu menebus balik Pogba. Dan salah satunya adalah PSG. Namun Pogba memberitahu dia tidak berminat untuk kembali ke kelab Perancis. "Dengan kelab itu, saya tidak pasti. "Saya membesar di sini, ayah saya penyokong Marseille, begitu juga dengan emak. "Paris bukan kehidupan harian saya yang sebenar."