suria

Ibrahimovic gagal 'berlakon', terima kad merah ke-13

ZLATAN Ibrahimovic diarah keluar padang selepas didapati menampar muka pemain lawan.

Insiden berlaku ketika aksi kemenangan 1-0 kelabnya, LA Galaxy ke atas Montreal Impact.

Ia berpunca apabila pemain sayap lawan, Michael Petrasso terpijak kaki bekas penyerang Sweden itu pada minit ke-40 yang menyebabkan Ibrahimovich menampar mukanya.

Kedua-kedua pemain itu tiba-tiba berpura-pura terjatuh dan pengadil tidak pasti apa yang berlaku.


Namun apabila melihat kembali rakaman video insiden, pengadil Ismail Elfath terus melayangkan kad merah kepada kapten Galaxy itu.

Ia merupakan kad merah yang ke-13 sepanjang kariernya, manakala Petrasso menerima kad kuning.

Ketiadaan Ibra pada babak kedua tidak menghilangkan rentak mereka untuk merakam gol kemenangan menerusi Ola Kamara.

Isu disiplin  Ibrahimovic,36, bukan perkara baharu memandangkan sebelum ini pernah terjadi.

Dia dilayangkan kad merah sebanyak tiga kali sepanjang berada di Paris Saint-Germain, Inter Milan dan AC Milan, dua kali bersama Juventus dan sekali di Barcelona.

Bagaimana pun rekod kad merahnya bersih sepanjang dia berada di Old Trafford walaupun digantung tiga perlawanan gara-gara menyiku pemain Bournemouth, Tyone Mings.

Zlatan Ibramovic, LA Galaxy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain