suria

Iniesta berhijrah ke Jepun

ANDREAS Iniesta akan memulakan kehidupan baharu di Jepun musim depan selepas menamatkan kariernya bersama Barcelona.

Sepanjang kariernya selama 22 tahun di Camp Nou, pemain Sepanyol itu berjaya menjulang sembilan trofi La Liga, enam Copa del Reys, empat Liga Juara-Juara dan tiga Piala Kelab Dunia FIFA.

Kini pemain berusia 34 tahun itu mengesahkan akan beraksi bersama Vissel Kobe dalam saingan Liga J1 di Jepun.

Iniesta turut mengumumkan berita tersebut menerusi laman Twitternya.

Malah Iniesta turut memuat naik gambar bersama Pengerusi Vissel Kobe, Hiroshi Mikitani yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten, salah sebuah syarikat penaja Barcelona.

"Menuju ke rumah baharu saya bersama rakan," tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut.

Andreas Iniesta

Artikel Sebelum

Artikel Lain