suria

Nidzam Adzha pertaruh lima import

Rangel bakal bertemu bekas pasukannya pada aksi pertama bersama Kedah. Foto kredit: Kedah FA

KETUA Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof lega apabila dapat menurunkan kesebelasan terbaik ketika bertandang ke Kuala Lumpur bagi menentang Selangor dalam saingan Liga Super pada Sabtu malam.

Kesebelasan yang dimaksudkan itu akan diperkuat oleh lima pemain import termasuk Paulo Rangel selain Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah, Sandro Da Silva dan Alvaro Silva.

Sandro terpaksa direhatkan dalam dua perlawanan sebelum ini selepas mengalami kecederaan, manakala Andik kembali beraksi pada pada aksi sebelumnya.

Menurut Mohd Nidzam, kelima-lima permain import kini berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan termasuk Paulo Rangel yang telah menjalani latihan bersama selepas dilepaskan oleh bekas kelabnya lebih awal.

"Kita lihat kesemua import dapat beraksi bersama ketika menentang Selangor, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk diturunkan termasuk rangel.

"Saya juga memang ingin turunkan kesemua import dalam kesebelasan utama sebelum ini pun tetapi ada di antara mereka yang cecera selain digantung perlawanan.

"Dalam perlawanan kali ini kita perlukan kesebelasan yang baik kerana Selangor sudah berjaya meningkatkan prestasi mereka berbanding sebelum ini. Kita tidak boleh melihat rekod lalu kerana mereka juga pastinya mahukan tiga mata penuh kali ini.

"Oleh itu saya harap semua pemain akan memberi sepenuh perhatian dan tidak melakukan kesilapan selain leka di atas padang nanti. Setiap perlawanan adalah penting untuk kita mendapat tiga mata," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam menambah, pemain tempatan Kedah yang dibarisi oleh mereka yang berpengalaman dan terbaik juga berada dalam keadaan cergas untuk diturunkan.

Jelasnya, berikutan itu, gabungan kekuatan antara import dan tempatan termasuk muda dan senior pasti akan dapat memberi peluang kepada skuad hijau kuning untuk pulang dengan kemenangan.


  




Nidzam Adha, Liga Super

Artikel Sebelum

Adik-beradik pakai tongkat

Artikel Lain