GARETH Bale meninggalkan anugerahnya sebaik sahaja Zinedine Zidane memasuki bilik pasukan Real Madrid. Pengurusnya tahu bagaimana perasaan Bale ketika itu. Pemain bagi aksi akhir Liga Juara-Juara dari tahun 2002 adalah Zidane. Bale kini telah menyamai Zidane, malahan ramai yang akan mengatakan dia lebih baik. Dalam mencari persamaan itu, perbandingan kedua-duanya menarik perhatian dengan aksi Zidane ketika menentang Bayer Leverkusen 16 tahun lalu, dan gol Bale dianggap lebih baik. Mengenai masa depan Bale, Tottenham mungkin mempunyai pilihan pertama terhadap pemain itu tetapi bayaran dan upahnya kelihatan melebihi perolehan mereka. Apapun, kenapa perlu kembali ke tempat lama? Manchester United adalah saingannya ketika ini. Jose Mourinho memerlukan cara permainan yang lebih berani terhadap Manchester City; dengan ketua eksekutifnya, Ed Woodward melihat ia sebagai satu kewajipan komersil bagi United untuk mengejar nama yang besar. Dan Bale adalah pemain itu, sekali lagi, selepas aksi final Liga Juara-Juara di Kiev, Ukraine. Woodward memberitahu, Manchester United mempunyai tugas kepada bola sepak Inggeris untuk bersaing mendapatkan nama-nama besar. Maksudnya mereka mempunyai tanggungjawab untuk memperkuatkan jenama itu. Jika Manchester United tidak dapat memenangi liga sejak pemergian Sir Alex Ferguson, mereka masih boleh membuat perubahan dan menarik perhatian. Angel Di Maria, Radamel Falcao, Anthony Martial, Paul Pogba, Romelu Lukaku, adalah antara pemain yang ditandatangani Manchester United untuk memperkuatkan kedudukan kelab itu dalam tahap yang tinggi, walaupun bukan semua berjaya. Membeli Bale juga akan menjadi langkah yang sama. Ya, ia akan menjadi satu pertaruhan yang mahal dengan rekod kecederaannya, tetapi pada sama mampu meraih gol semasa menentang Liverpool dalam final Liga Juara-Juara. - Mail Online UK