PETISYEN khas untuk Sergio Ramos supaya dikenakan hukuman kini sudah mencecah 350 ribu tanda tangan. Selepas dua hari aksi final Liga Juara-Juara berakhir yang menyaksikan Real Madrid dinobat sebagai juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, kisah di atas padang masih menjadi bahan bualan. Ia berkaitan dengan tindakan pemain pertahan Real Madrid, Ramos yang telah mencederakan 'ayam tambatan' The Reds' Mohamed Salah sehingga terpaksa menamatkan permainannya lebih awal. Ramos menyebabkan bahu Salah terseliuh dan memaksa pemain antarabangsa Mesir itu menitis air mata gara-gara tidak dapat meneruskan permainannya. Berikutan itu, satu petisyen untuk meminta Uefa dan Fifa mengenakan tindakan terhadap Ramos. Liverpool Echo meminta penyokong-penyokong skuad Jurgen Klopp itu supaya menurunkan tanda tangan.