suria

Lepas lima hari rangkul piala Liga Juara-Juara, Zidane tinggalkan Real Madrid

ZINEDINE ZIDANE pada Khamis telah mengejutkan dunia dengan pengumuman peletakan jawatan sebagai pengurus Real Madrid dan kemungkinan besar jawatan itu akan diisi oleh bekas bos Arsenal, Arsene Wenger.

Tidak ramai 'orang sukan', sama ada pemain atau pengurus yang akan mengundur diri ketika berada di puncak dan kebiasaannya mereka akan hidup cukup lama untuk melihat diri sendiri menjadi individu yang 'kejam', lebih-lebih lagi jika mereka seorang pengurus.

Zidane nekad untuk tidak membiarkan perkara itu berlaku kepada dirinya seperti yang dilakukan oleh Wenger ketika meninggalkan jawatannya.

Pengurus Real itu meletak jawatan selepas lima hari memenangi gelaran Liga Juara-Juara untuk tiga kali berturut-turut.

Bagaimana anda dapat mengikut jejak Zidane? Pengurus kelahiran Perancis itu mengambil alih Los Blancos untuk dua setengah tahun dan berjaya memenangi kejuaraan itu tiga kali berturut-turut.

Bekas pengurus Arsenal meninggalkan Emirates pada hujung musim selepas 22 tahun mengendalikan The Gunners dan menurut Odd Checker, dia mungkin menjadi pilihan untuk menggantikan Zidane.

Namun, bekas pemain Real, Guti yang pernah bermain bersama Zidane di Bernabeu dikatakan sebagai pilihan kegemaran kedua untuk jawatan itu, menurut beberapa bookie.

Guti merupakan pengurus Real untuk bawah 19 tahun pada 2017. - Sport Bible

Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Lain