SIR Alex Ferguson dilaporkan telah keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan darah beku di otak sebulan yang lalu. Bekas pengendali Manchester United itu menjalani rawatan pemulihan di Hospital Salford Royal tetapi kini sudah dibenarkan pulang ke kediamannya. The Sun mendakwa, Ferguson, 76, menunjukkan perkembangan positif dan mahu kembali ke tempat duduk pengarah di Old Trafford. Ferguson tidak sabar mahu kembali menyaksikan perlawanan bola sepak bersama penyokong dan pegawai United pada awal musim depan. Perkataan pertama yang terpancul di mulut Ferguson selepas sedar dari koma adalah:'Bagaimana dengan Doncaster?." Anak Ferguson, Darren merupakan ketua jurulatih Doncaster Rovers. Ferguson menerima pelbagai kata-kata semangat daripada penyokong, pemain dan rakan sejawatannya sejak dilaporkan kurang sihat. Pengendali kelahiran Scotland itu mencatatkan rekod cemerlang sejak memimpin United selama 26 tahun. United memenangi 13 trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), lima Piala FA, empat Piala Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara ketika dibawah kendalian Ferguson. Ferguson bersara sebagai pengendali United pada 2013 dengan Jose Mouringo mengambil alih kerusi panas ditinggalkannya itu.