ANTOINED Griezmann telah memberitahu kepada rakan baiknya akan kekal di Atletico Madrid. Menurut laporan ABC Griezmann yang diketepikan dalam skuad latihan Perancis Piala Dunia telah membuat keputusan untuk tidak berpindah ke Nou Camp. Griezmann telah lama dikaitkan dengan Barca yang perlu menebus kontrak perpindahan 87.5 juta pound dengan Atletico. Hubungannya dengan pengurus Diego Simeone antara faktor utama untuk dia kekal di Atletico lebih-lebih lagi selepas menjuarai Liga Europa di Lyon. Dalam masa sama, Griezmann berharap akan berada dalam skuad Didier Deschamps sebelum kempen Piala Dunia bermula 14 Jun ini. Perancis bakal membuka saingan bertemu Australia 16 Jun sebelum perlawanan menentang Peru dan Denmark.