suria

Arsenal siap sedia untuk Fellaini

Marouane Fellaini. Foto Reuters

DIFAHAMKAN Arsenal sedang membuat persiapan untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini.

Pemain Belgium yang dinamakan bagi skuad untuk menyertai Piala Dunia pada Isnin, akan menjadi ejen bebas pada akhir bulan ini sekiranya Manchester United gagal bersetuju dengan perjanjian baharu.

Sportsmail mendedahkan pada Mei lalu bahawa Fellaini menuntut sekurang-kurangnya kontrak selama dua tahun untuk kekal selepas musim ini.

Namun Manchester United hanya menawarkan satu tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan.

Wakil pemain itu telah melakukan rundingan dengan beberapa kelab sebelum ini, termasuk pasukan-pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Turki dan Itali.

Kelab The Gunners dipercayai berminat untuk memperkukuhkan barisan tengah mereka dengan kemasukan Fellaini.

Dalam 23 penampilan musim ini, Fellaini menjaringkan lima gol.

Pemain berusia 30 tahun itu berhijrh ke Old Traffrod dari Everton pada 2013. - Mail Online UK

Marouane Fellaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain