suria

Salah ugut bersara bola sepak

BINTANG Mesir, Mohamed Salah mengugut untuk berhenti bermain bola sepak selepas berang kerana dipergunakan dalam politik Chechen.

Menurut beberapa laporan, Salah mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Salah yang diberikan kerakyatan Republik Chechen itu dirakam bersama 'warlord' dari negeri selatan Rusia, Ramzam Kadyrov.

Rakaman tersebut menunjukkan pemain Liverpool itu tersenyum ketika Kadyrov membuat ucapan memakai lencana bendera Chechen.

Sumber memberitahu CNN, Salah berasa Mesir FA membenarkan dirinya digunakan sebagai alat politik yang menyebabkan dia rasa 'terdedah'.

Kem latihan Piala Dunia Mesir yang berpengkalan di Chechnya memberikan ruang kepada Kadyrov untuk mengambil kesempatan bergambar bersama pemain itu.

Kadyrov merupakan ahli politik yang dikaitkan dengan beberapa dakwaan mencabul hak asasi manusia termasuk diskriminasi terhadap wanita dan menganiayai golongan minoriti orientasi jantina. - The Sun

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain